Faezah_Humairah

Faezah_Humairah

Sunday, May 16, 2010

Sedekah yang berterusan

Bila seorang hamba meninggal,segala amalnya terputus,kecuali tiga hal iaitu amal jariyah,ilmu yang bermanfaat,atau anak yang soleh mendoakannya (HR Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

Antara contoh pahala yang terus mengalir walaupun seseorang itu meninggal dunia:
1)Berikan seseorang al-quran,kerana setiap saat al-quran itu dibaca,anda mendapat kebaikan
2)Ajarkan seseorang sebuah doa,pada setiap bacaan doa itu,anda akan mendapat pahala
3)Sumbangkan kerusi roda kepada hospital,setiap kali orang menggunakanya,anda mendapat pahala
4)Tanam sebuah pohon,setiap haiwan atau manusia yang berteduh di bawahnya atau makan buahnya,anda akan mendapat pahala
5)Edarkan bacaan yang bermanfaat
6)Libatkan diri dengan aktiviti pembangunan masjid
7)Edarkan CD Quran atau Doa
8)Edarkan pengetahuan ini kepada orang lain,jika seseorang mengamalkan salah satu amalan di atas,anda akan mendapat pahala

-Renungan buat diri dan sahabat-sahabatku :)